Thursday, July 24, 2008

Terkejut benar saya dan keluarga saya apabila melihat betapa cepatnya jumlah wang di Cashcard saya turun. Maklumlah, kami jarang sekali pergi ke bandar.

Tetapi, apa yang boleh saya katakan ialah Pembayaran Elektronik Jalan Raya atau lebih dikenali sebagai Electronic Road Pricing (ERP) sudah pasti menjejas ramai warga Singapura yang memandu kereta. Menurut laporan yang saya baca di internet, sekarang sudah terdapat sebanyak 16 gantri ERP di Singapura. Untuk memburukkan situasi lagi bagi para pemandu, kos ERP dinaikkan dari $1 hingga $2.

Tidak usah diberitahu lagi bahawa orang ramai pastinya merungut dengan kenaikan kos ERP ini. Iyalah, siapa yang suka jika perlu mengeluarkan lebih wang? Tambahan lagi, harga minyak pula semakin naik. Wah, terkoyak besar kocek-kocek kita semua!

Namun, apa yang saya boleh katakan ialah untuk mengelakkan diri daripada membayar kos ERP yang semakin banyak dan semakin mahal, perkara terbaik yang patut dilakukan ialah...

Menaiki bas awam!

Murah, berhawa dingin dan cepat! Tidak usah lagi kita bimbang untuk membayar ERP, bersusah-payah mencari tempat meletak kereta dan membayar tiket untuk meletak kereta.

Betul tak?

No comments: