Wednesday, July 23, 2008

Kurangkan

Kurangkanlah penggunaan elektrik. Jika tandas sedang tidak digunakan, amalkan diri untuk mematikan suiz lampu kerana apa gunanya tandas terang-benderang jika tiada sesiapa berada di dalamnya? Dengan memantikan lampu jika tandas tidak digunakan, anda sebenarnya boleh jimat banyak wang dan kocek anda tidak akan terkoyak sangat semasa membayar bil elektrik. Kan bagus tu!

Kurangkanlah penggunaan hawa dingin. Bukan sahaja ia menyebabkan pemanasan global, ia juga akan memanaskan kocek anda kerana elektrik yang digunakan untuk menghidupkan mesin hawa dingin itu bukannya sedikit! Oleh itu, lebih elok jika anda membuang hawa dingin itu jauh dari rutin hidup anda dan gunakanlah kipas yang sentiasa berkhidmat sejak sekian lama. Jimat sikit wang!

Kurangkanlah keinginan untuk makan di luar. Bayangkanlah, sepinggan nasi ayam berharga sekurang-kurangnya $3.50 di luar manakala jika anda gunakan $3.50 itu untuk masak, anda boleh dapatkan nasi ayam cukup untuk mengenyangkan 3 orang! Apatah lagi pada waktu sekarang, ada segelintir pekedai yang cuba mengambil untung berlebih-lebihan hanya kerana harga minyak dan beras naik. Kan bagus makan di rumah sahaja!

No comments: