Wednesday, July 23, 2008

Harga minyak naik.
Harga beras naik.
Harga gula naik.
Harga petrol naik.
Harga rumah naik.
Harga elektrik naik.
Harga air naik.
Harga...

Alah, pokoknya, harga bagi semua barang lah naik!

Bagaimana caranya hendak mengatasinya? Ah, senang sahaja.

Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula (KGK) ! Atau lebih dikenali sebagai 3R - Reduce, Reuse, Recycle!

Saya pasti ramai yang pasti mengeluh apabila melihat slogan yang saya taipkan tadi kerana hampir di mana-mana sahaja, itu sahaja yang digalakkan kepada rakyat Singapura. Pada mulanya, saya juga sama seperti anda semua tetapi setelah cuba mengamalkan proses KGK, saya dapati bahawa ianya adalah sangat berkesan dan saya telah meraih banyak faedah daripadanya.

No comments: