Disebabkan kemajuan dunia dalam bidang sains dan teknologi, terlampau banyak sumber asli yang telah digunakan untuk menjana wang. Namun, disebabkan itu, kita telah kehilangan banyak sumber asli seperti beras dan minyak. Lantas, ia pula menyebabkan harga barangan harian seperti beras, minyak dan gula naik dengan begitu ketara sekali. Seperti yang diketahui, harga beras telah naik hampir dua kali ganda! Harga minyak pula, aduh, usah disoalkan lagi.
Pening saya dibuatnya tatkala memikirkan status kewangan dan kos kehidupan yang semakin lama semakin meningkat.
Namun, kita harus bersikap positif dan kita harus mempunyai semangat yang kuat untuk terus menjalani hidup di Singapura, salah satu negara yang mempunyai kos kehidupan yang paling tinggi di dunia.
Dalam blog saya, saya telah pun menulis beberapa cadangan untuk menangani kenaikan kos kehidupan di Singapura. Namun, beribu-ribu cadangan sekali pun tidak akan membuat sebarang perubahan jika sikap rakyat Singapura tetap tidak berubah. Kunci kepada penyelesaian masalah kewangan sebenarnya terletak kepada empunya diri. Jika seseorang itu sanggup mengorbankan beberapa perkara seperti keinginan membeli-belah, kepentingan jenama dan memandu kereta, dia akan berjaya mengatasi masalah kos kehidupan yang semakin naik ini. Manakala, jika dia keberatan untuk berkorban dan tetap ingin mempertahankan martabatnya, dia akan musnah juga akhirnya.
Oleh itu, semuanya tergantung pada individu masing-masing.
Adakah anda sanggup berkorban?
Ataukah anda ingin menjadi korban?
Tepuklah dada, tanya selera.
Friday, July 25, 2008
Thursday, July 24, 2008
Terkejut benar saya dan keluarga saya apabila melihat betapa cepatnya jumlah wang di Cashcard saya turun. Maklumlah, kami jarang sekali pergi ke bandar.
Tetapi, apa yang boleh saya katakan ialah Pembayaran Elektronik Jalan Raya atau lebih dikenali sebagai Electronic Road Pricing (ERP) sudah pasti menjejas ramai warga Singapura yang memandu kereta. Menurut laporan yang saya baca di internet, sekarang sudah terdapat sebanyak 16 gantri ERP di Singapura. Untuk memburukkan situasi lagi bagi para pemandu, kos ERP dinaikkan dari $1 hingga $2.
Tidak usah diberitahu lagi bahawa orang ramai pastinya merungut dengan kenaikan kos ERP ini. Iyalah, siapa yang suka jika perlu mengeluarkan lebih wang? Tambahan lagi, harga minyak pula semakin naik. Wah, terkoyak besar kocek-kocek kita semua!
Namun, apa yang saya boleh katakan ialah untuk mengelakkan diri daripada membayar kos ERP yang semakin banyak dan semakin mahal, perkara terbaik yang patut dilakukan ialah...
Menaiki bas awam!
Murah, berhawa dingin dan cepat! Tidak usah lagi kita bimbang untuk membayar ERP, bersusah-payah mencari tempat meletak kereta dan membayar tiket untuk meletak kereta.
Betul tak?

Kadang-kadang, hairan juga saya dibuatnya.
Walaupun harga barangan sudah meningkat secara mendadak, ramai juga yang lebih suka membeli-belah untuk barang-barang yang tidak diperlukan. Hah, apa sebabnya?
Sifat tamak haloba, sifat materialistik dan pengaruh media massa.
Jika tahu harga sudah naik, janganlah memanjakan diri dengan barang-barang yang tidak diperlukan wahai kawan-kawan sekalian. Beli sahaja barang yang diperlukan dan bukan yang diinginkan. Kalau sekali-sekala memanjakan diri, tidak mengapalah juga. Tetapi kalau tiap-tiap bulan asyik membeli-belah tidak tentu arah saja, membazir duit itu namanya!
Di televisyen, selalu juga terpampang iklan-iklan yang mempromosikan bermacam-macam produk. Produk melangsingkan tubuhlah, produk kecantikanlah, produk membijakkan otaklah. Pendek kata, bermacam-macam cara dilakukan untuk memanipulasikan pemikiran kita supaya kita teringin memiliki produk yang diiklankan.
Namun, kita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghentikan pengiklanan di televisyen, suratkhabar mahupun di radio. Yang ada cuma kuasa untuk menahan diri dari terkena 'rasukan' iklan-iklan tersebut.
Oleh itu, kuatkan semangat diri dan fikirkanlah apa yang sebaik-baiknya bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

Wednesday, July 23, 2008
Kurangkan, Guna semula, Kitar semula.
Nah, saya sudah pun memberi cadangan bagi anda untuk menjimat wang. Ikutilah saranan-saranan saya itu dan InsyAllah anda akan lihat perbezaannya.
Sememangnya, bagi mengatasi kos kehidupan yang semakin tinggi ini, kita haruslah berkorban sedikit. Kita tidak boleh duduk dan menggelengkan kepala sahaja atau merungut dua puluh empat jam. Demi memastikan bahawa kita tetap boleh berjaya walaupun terpaksa menghadapi masalah berat seperti ini, kita harus bersikap proaktif dan tidak boleh berdiam sahaja.
Lakukan tanggungjawab masing-masing dan nescaya, kita akan berjaya mengatasi kenaikan kos kehidupan ini bersama-sama.

Kitar Semula
Karung guni, karang guni! Hahh, karang guni lah jawapannya! Jualkan sahaja suratkhabar atau baju-baju yang koyak itu ke karang guni untuk dikitar semula. Bukan sahaja kita membantu menyelamatkan bumi, tetapi kita juga dapat wang dari karang guni. Walaupun tidak sebanyak mana, duit juga kan. Sedikit sedikit, lama jadi bukit juga.

Guna Semula
Saya selalu menegur anak-anak saya tentang tabiat mereka membuang plastik kosong yang didapatkan dari NTUC, Giant atau Ikea. Ini kerana plastik tersebut sepatutnya digunakan semula, bukannya dibuang begitu sahaja! Tambahan pula, plastik kini harus dibeli dengan harga 10 sen bagi setiap satu. Jika dibuang sahaja, kan sayang! Plastik itu bolehlah digunakan untuk mengisi sampah-sarap atau barangan lain.
Selain itu, baju-baju yang sudah tidak diperlukan janganlah dibuangkan sahaja ke dalam tong sampah. Bukankah lebih baik jika baju-baju itu diberikan kepada ahli keluarga lain atau sesiapa yang lebih memerlukan. Bukan sahaja kita mendapat pahala, ia juga menguntungkan pihak yang menerima kerana mereka tidak perlulah mengeluarkan wang untuk membeli baju baharu. Tetapi, pastikan bahawa baju-baju itu tidak berlubang sudahlah ya! Jika tidak, aniaya lah namanya!

Subscribe to:
Posts (Atom)